“Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt
menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Sahih Al-Bukhari
no: 2840]
Puasa enam dibulan syawal ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di
bulan Syawal. Ianya amalan sunat dan amalan yang afdhal dikerjakan
secara berturut-turut dari awal bulan syawal yaitu bermula dari 2
syawal. Puasa sunat enam dibulan syawal sangat besar fadhilahnya serta
ganjarannya dengan puasa sunat lainnya. Hikmah berpuasa Sunat 6 hari di bulan Syawal
Diriwayatkan dari Abu Ayyub al-Anshari, beliau telah
berkata bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Barang siapa berpuasa
Ramadhan dan meneruskannya dengan puasa enam hari di bulan Syawwal,
berarti dia telah berpuasa satu tahun." (HR. Imam Muslim dan Abu Dawud).
Dan masih hadits yang sama dengan perawi lain. (HR. Ibn Majah).
Dalam hadis tersebut diterangkan, bahwa pahala orang yang berpuasa
Ramadhan dan enam hari di bulan Syawal sama pahala dengan puasa setahun.
Kerana satu pahala kebaikan nilainya sama dengan sepuluh kali kebaikan .
Jika satu kebaikan dihitung sepuluh pahala, bererti
puasa Ramadhan selama satu bulan dihitung sepuluh bulan. Dan puasa enam
hari di bulan Syawal dihitung dua bulan. Jadi jumlahnya adalah satu
tahun.
Sebagian ulama memperbolehkan tidak harus berturut-turut
enam hari, namun pahalanya sama dengan yang melaksanakannya secara
langsung setelah Hari Raya. Puasa Syawal juga boleh dilakukan di
pertengahan atau di akhir bulan Syawal.Hikmah berpuasa Sunat 6 hari di bulan Syawal
Adapun hikmah disyari'atkannya
puasa enam hari di bulan Syawal adalah sebagai pengganti puasa Ramadhan
yang dikhuwatirkan ada yang tidak sah. serta untuk mengawal perut kita
setelah sebulan penuh melaksanakan puasa, kemudian diberi kesempatan
luas untuk makan dan minum. Lebih dari itu, puasa Syawal adalah ibadah
sunnah yang sangat dianjurkan oleh ajaran agama kita.
Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu
dari sudut kesehatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di
bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan
berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal
pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas
mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya.
Oleh
kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem
pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk
kebaikan jasmani manusia itu sendiri. Hikmah berpuasa Sunat 6 hari di bulan Syawal